25 Jan 2011
Macam biasa, anak-anak yang tengah membesar ni memang banyak soal. Kadang-kadang tu sampai tak terlayan maknyer. Ini baru empat orang yang boleh bercakap. Nanti lima orang lagi la poning mak dia.
Seperti biasa, anak sulungku suka soal yang buat otakku kena pusing lebih sket. Yelah..masa dia umur sembilan tahun, dia kata hobi dia berfikir. Hehe…tak tau la banyak mana yang dia fikir. Tahun ni dia kata dah tukar hobi. Malas dah nak fikir.
Semasa maknye sebok2 memasak, masa tu la diorang ni paling suka menyebok tanya itu, Ye la…time mak dia tak bercakap ngan sape2, bole la diorang lak bercerita.
Tetiba abang dia kuarkan soalan yang menarik untuk mak dia ambik perhatian. Abang pon bertanya, “Ummi, kenapa orang dulu-dulu ni banyak sangat yang tak boleh?”
Ummie pon bertanya balik, “Apa yang tak boleh?”
Kakak pulak mencelah,”Opah cakap kalau duduk kat tangga rezki lari. Camne rezki boleh lari bila duduk kat tangga? Kalau duduk tangga tunggu beli aiskrim camne?”
Ummi pon cuba menjawab sebaik mungkin setelah otak berpusing secepat mungkin mencari jawapan terbaik untuk anak-anak kerana jawapan inilah yang akan melekat di fikiran diorang dan akan dijaja bila persoalan ini timbul balik.
Jawab ummie “Rezeki datang dari Allah. Allah yang tentukan rezki kita pada waktu bila, dimana.”
“Orang tua-tua kata macam tu sebab bila kita duduk kat tangga, banyak masa kita bazirkan duduk termenung kat situ sebab biasanya kalau duduk kat tangga tu memang takde buat apa-apa yang berfaedah pon. Jadinya, takkan ada la rezki yang datang. Sebab tu orang tua-tua kata rezeki kita lari.”
"Sebab itu juga kita sebagai umat islam sebaiknya jangan tidur lepas Subuh kerana lepas Subuh pintu rezeki terbuka."
Anak lelaki sulung pulak mencelah, “Abis tu kenapa ummie ngan abah kadang2 tidur balik lepas Subuh?”
Alamak…terkena jugak batang hidung mak dia. Aku sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak tapi itu la…banyak lagi kelemahan dalam diri ini yang sedang cuba diperbaiki. Tambahan pulak bila ada anak kecik yang kena bangun tengah malam..amatlah lemah kekuatan diri ini. Insyaallah..anak-anakku..ummie dan abah sedang mencuba, semoga kami berjaya mencapai target kami.
Aku pon menjawab,”Bukannya sentiasa ummie ngan abah tido lepas subuh. kalau penat sangat, kami tido lewat atau adik meragam tengah malam baru tido balik. Kalau tak, kan kami tak tido.”
Anak sulungku pon menjawab,”Macam tu abang tak nak tido la lepas Subuh.” Aku pon cakap bagus la camtu tapi tak tau la jadi ke tak..hehe. Nak bangun Subuh tu pon jenuh. Takpe la..sekurang-kurangnya niat dia dah ada dan dia tahu apa yang baik dan buruk.
Semoga ilmu yang diperolehi oleh anak-anakku hari ini akan diingat dan diamalkan hingga mereka dewasa kelak. Semoga kami sekeluarga akan dimurahkan rezeki jua.
Untuk ingatan diriku sebagai pendidik kepada anak-anakku, wasiat Utbah bin Abi Sufyan kepada pendidik anaknya :
Utbah berkata kepada Abdul Samad, pendidik anaknya : “Perbaikilah dirimu sebelum engkau memperbaiki anakku. Mata mereka terikat pada matamu. Kebaikan pada mereka adalah apa yang kamu kata kebaikan dan yang buruk pada mereka adalah apa yang kamu anggap buruk.
Ajarilah mereka al-Quran, tapi janganlah dengan paksaan kerana mereka akan rasa jemu dan janganlah engkau membiarkan mereka tidak mempelajari al-Quran menyebabkan mereka menjauhinya. Ajarilah mereka syair-syair yang bagus dan hadis-hadis yang mulia. Janganlah engkau berpindah pada ilmu yang lain selagi mereka tidak faham kerana perbuatan yang campur aduk akan menyebabkan mereka tidak faham.
Jauhkanlah mereka daripada bercakap dengan wanita, ajarilah mereka sejarah orang-orang bijaksana dan akhlak para salihin. Berilah ajaran pada mereka dan ajarilah mereka. Jadilah doktor yang tidak tergesa-gesa merawat melainkan sudah mengetahui punca sakitnya.”
(dipetik dari buku Anakku Hebat Anakku Soleh oleh Uztaz Zahazan Mohamed)
Semoga aku dan suamiku dapat menjadi pendidik yang baik buat permata-permata kami Aiman Hakimie, Adlene Farhanie, Afiq Hakimie, Azim Hakimie dan Amzar Hakimie. Semoga kalian dapat menjadi mujahid dan mujahidah yang pintar, berkhemah dan berakhlak mulia, Aamin...

Comments
Post a Comment